Saturday, September 19, 2009

Malaysian Malaysia






Gambar-gambar ini melambangkan semangat "Malaysian Malaysia"

Pada 18hb September 2009 iaitu sehari sebelum Hari Raya Aidil-Fitri, hujan lebat telah menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan rendah di Pulau Pinang. Salah satu tempat yang dilanda banjir ialah Kampung Masjid, Zoo Road, Air Itam.

Sebagai ADUN Air Itam, saya mengaturkan Bomba Sukarela Bukit Bendera dan Air Itam untuk membersihkan selut yang memasuki perkarangan rumah.

Saya diberitahu ini adalah kali pertama dalam sejarah Kampung Masjid, bomba memasuki kampung untuk membersihkan selut selepas banjir. Seorang pemuda Melayu memberitahu saya bahawa:"Saya ingat saya mimpi kerana bomba datang untuk cuci kawasan."

Pasukan khidmat saya telah memberikan perkhidmatan yang paling kritikal iaitu membersihkan perkarangan rumah untuk membolehkan penduduk merayakan Aidil-Filtri pada keesokan harinya.

Turut hadir ialah Sarjan Wira (Balai Polis Air Itam), Sdr Ramalingam (Pengerusi JKKK Thean Teik yang juga pengerusi DAP cawangan Thean Teik), Sdr Ang Say Teik (Setiausaha JKKK Thean Teik yang juga setiausaha DAP cawangan Air Itam), Sdr Tan June Ju (Bendahari DAP cawangan Air Itam) dan Pasukan bomba sukarela Bukit Bendera dan Air Itam.

Kampung Masjid terdiri daripada 40 unit rumah dan majoriti adalah kaum Melayu.


These photos represents the spirit of Malaysian Malaysia.

On 18th September 2009, the heavy downpour has caused flash floods in the low-lying area in Penang. One of the affected area is Kampung Masjid, Zoo Road, Air Itam.

As the local assemblyman, I arranged the Volunteer Bommba Service of Bukit Bendera and Air Itam to help to clean up the muddy area.

I was told this is the first time in the history of Kampung Masjid, the bomba service came to the kampung to clean up the muddy area. A Malay young man told me:"Saya ingat saya mimpi kerana bomba datang untuk cuci kawasan".

It was one day before the hari raya Aidilfiltri. My service team provides the most critical service to the Kampung masjid that is to help them to clean up their neighbourhood after a flash flood to enable them to celebrate hari raya aidil-fitri the next day.

Also presents are Sarjan Wira (Balai Polis Air Itam), Sdr Ramalingam (Chairman of JKKK Thean Teik and Chairman of DAP Thean Teik branch), Sdr Ang Say Teik (Secretary of JKKK Thean Teik and Secretary of DAP Air Itam branch), Sdr Tan June Ju (Treasurer of DAP Air itam branch) and the Volunteer bomba service team of Bukit Bendera and Air Itam.

Kampung Masjid comprises of about 40 unit of houses and majority are Malays.

1 comment:

Anonymous said...

Well done. Keep up the good work of being pro-avtive in looking after our needs.